Isnin, April 21, 2014
   
Text Size

JA Side News Module

Pergerakan Task-Force Juruteknik Komputer FT17 Ke SK Teluk Lipat – 10-11 November 2010 Pergerakan Task-Force Juruteknik Komputer FT17 Ke SK Teluk Lipat – 10-11 November 2010 30.11.99 - Sumber : Laman PPD Mersing Tindakan : Guru Besar...
Jadual Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Daerah Mersing Jadual Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Daerah Mersing 30.11.99 - Sumber : Laman Web PPD Mersing Tindakan : Guru B...
[Muat Turun] Aplikasi DBLAT 2010 [Muat Turun] Aplikasi DBLAT 2010 30.11.99 - Sumber : Laman Web PPD Mersing Tindakan : GPK 1 ...
Pemantauan Sekolah oleh Pegawai-Pegawai SPA dan PPD Negeri Johor Pemantauan Sekolah oleh Pegawai-Pegawai SPA dan PPD Negeri Johor 30.11.99 - Sumber : Blog Mersing Hebat Tindakan : Pengetua dan Gur...
Makluman Cuti Hari Raya Aidil Adha 2010 Makluman Cuti Hari Raya Aidil Adha 2010 30.11.99 - Sumber : Laman Web PPD Merisng Tindakan : Penget...

Testing 2

[Muat Turun] Jadual Peperiksaan Setara Akhir Tahun 2010 Tahap 1 dan 2 [Muat Turun] Jadual Peperiksaan Setara Akhir Tahun 2010 Tahap 1 dan 2 20.10.10 -   Muat Turun : Jadual Peperiksaan Setara Akhir Tahun 20...
[Makluman] Kerosakan Sever-Box 6 Portal Web SK Teluk Lipat [Makluman] Kerosakan Sever-Box 6 Portal Web SK Teluk Lipat 06.09.10 -   Pihak pengurusan Portal Web SK Teluk Lipat ingin memoh...
Selamat Datang GPK 1 - Cikgu Abdul Rahim Bin Awang Selamat Datang GPK 1 - Cikgu Abdul Rahim Bin Awang 03.08.10 - Setelah hampir dua bulan Cikgu Rosmina Burhan meninggalk...
[Gambar] Pelancaran Program Kecemerlangan UPSR 2010 "Kami Bersamamu" [Gambar] Pelancaran Program Kecemerlangan UPSR 2010 15.07.10 - {iframe}http://sktl.edu.my/index.php?option=com_phocagalle...
Selamat Bertukar Cikgu Zawawi Muda ke SK Bandar Endau Selamat Bertukar Cikgu Zawawi Muda ke SK Bandar Endau 30.06.10 -   Hari ini secara rasminya merupakan hari terakhir En. Z...

Senarai Tugas Jawatankuasa Induk Dan Jawatankuasa Kerja PSS

Penyelaras PSS

 

  1. Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat antara 6 hingga 10 waktu seminggu.
  2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.
    1. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah.
    2. Merancang perolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
    3. Merancang dan melaksanakan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong  pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
    4. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
    5. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
    6. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
    7. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.

10.  Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri /PKG/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.

11.  Menyedia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.

12.  Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk /Kerja Pusat Sumber Sekolah.

13.  Memantau dan mengawal selia pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah.

14.  Melaksanakan tugas semakan stok inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

15.  Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.

16.  Menjalankan penyelidikan /kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

17.  Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.

18.   Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Unit Perpustakaan

 

1)      Menetukan dasar pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.

2)      Melatih dan menyelia petugas-petugas perpustakaan untk membantu pengurusan perpustakaan.

3)      Memastikan bahawa perpustakaan diuruskan dengan teratur dan bersistematik.

4)      Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti perpustakaan.

5)      Menyimpan rekod-rekod yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan yang bersistem.

6)      Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada guru-guru dan murid-murid yang memerlukan.

7)      Memperoleh dan menyemak alat-alat perolehan (bibliografi, catalog penerbitan, senarai tajuk dll) untuk mengetahui jenis-jenis dan tajuk-tajuk buku yang perlu dibeli untuk menambahkan koleksi di perpustakaan.

8)      Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.

9)      Mengelas dan mengkatalog bahan-bahan koleksi.

10)  Menyediakan catalog yang dikemaskini untuk kemudahan rujukan guru dan murid.

11)  Menyedikan jadual waktu penggunaan perpustakaan yang praktikal dan berkesan.

12)  Membantu mengurusakan segala program media PSS yang berkaitan dengan perkhidmatan perpustakaan.

13)  Mempromosi dan mengurusan Program Nilam dengan sistematik.

14)  Menyediakan laporan Program Nilam dengan menggunakan aplikasi e-NILAM untuk dihantar kepada pegawai PKG.

15)  Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.

 

Unit Makmal Komputer.

 

1)      Menetukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan computer termasuk keperluan-keperluan semasanya.

2)      Menpunyai buku catatan (Buku Stok) semua pembekalan alatan ICT sekolah.

3)      Bertanggungjawab membudayakan dan melatih penggunaan computer melalui program letrasi computer.

4)      Menggalakan penggunaan computer untuk tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran.

5)      Berusaha mengelaskan dan mengkatalog CD-CD yang dimiliki.

6)      Merancang, melaksanakan dan membuat laporan aktiviti unit makmal computer.

7)      Menyediakan jadual waktu penggunaan makmal computer.

8)      Menjaga dan meyelenggara semua peralatan di makmal komputer.

9)      Melatih dan menyelia petugas-petugas perpustakaan untk membantu pengurusan makmal computer.

10)  Melaporkan sebarang kerosakan supaya dapat dilakukan tindakan baikpulih atau penggantian dengan kadar yang segera.

11)  Menyediakan khidmatan nasihat dan membantu guru-guru menggunakan peralatan computer dari masa ke semasa.

12)  Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.

 

 

Unit Bahan Bantu Mengajar

 

1)      Mencatat semua bekalan alat perkakasan (hardware) dan bahan-bahan perisian (software) yang dibelia atau diterima ke dalam buku stok alat Bantu mengajar.

2)      Mengelas dan mengkatalog semua bahan yang dibeli atau diterima.

3)      Menyediakan dan mengedar katalog BBM untuk pengetahuan guru-guru dan para pelajar.

4)      Mewujudkan budaya peminjaman dan penggunaan peralatan yang sitematik dan berkesan khususnya bagi keperluan pengajaran guru.

5)      Melaporkan sebarang kerosakan alat BBM kepada Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau pembaikian.

6)      Menetukan semua perlatan BBM agar setiasa dalam keadaan baik untuk digunakan.

7)      Menyediakan buku rekod pinjaman untuk tujuan penyemakan oleh pihak pengurusan atau oleh pegawai-pegawai pendidikan.

8)      Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.

 

 

 

 

 

 

Unit Audio Dan Visual.

 

1)      Menjaga peralatan yang berkaitan audio dan visual seperti LCD dan PA system.

2)      Menyediakan dan meguruskan pengunaan perlalatan audio dan visual secara bersitematik.

3)      Menyedikan buku rekod pinjaman peralatan perlalatan audio dan visual bagi tujuan penyemakan pihak pengurusan.

4)      Memastikan semua peralatan perlalatan audio dan visual sentiasa dalam keaadaan yang baik.

5)      Menyediakan dan mengendalikan perlatan perlalatan audio dan visual untuk majlis-majlis rasmi sekolah seperti Hari Kejohanan Sukan, Hari Sambutan Kemerdekaan, Sambutan Maal Hijrah, Sambutan Hari Guru, Mesyuarat Agung PIBG, dll.

6)      Menyediakan “Backdrop” dalam bentuk powerpoint untuk majlis-majlis rasmi sekolah.

7)      Melaporkan sebarang kerosakan alat BBM kepada Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau pembaikian.

8)      Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.

 

Unit  Stok Dan Dokumentasi

 

1)      Menyimpan stok, inventori dan harta modal.

2)      Menyimpan segala bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan lessen perisian.

3)      Memproses dan mengkatalog bahan-bahan sokongan serta bahan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti modul, buku, majalah, serta perisian kursus.

4)      Manyelia dan menyimpan rekod penggunaan PSS dan penyediaan buku log penggunaan.

5)      Menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan urusan  penggunaan makmal.

6)      Menguruskan penerbitan majalah dan risalah PSS sebagai ketua editor.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Unit Fotografi Dan Grafik

 

1)      Merekodkan semua peristiwa-peristiwa sekolah sepanjang tahun dalam bentuk fotografi.

2)      Mengadakan promosi dan sesi jualan gambar peristiwa-peristiwa untuk guru dan murid.

3)      Mempamerkan foto peristiwa sekolah di dalam laman blog sekolah.

4)      Membina, menguruskan dan mengemaskini laman blog rasmi sekolah, laman blog rasmi PSS bagi tujuan sumber rujukan guru, murid dan ibu bapa.

5)      Menbuat rekaan grafik untuk majalah atau risalah terbitan PSS.

6)      Menyediakan pamplet-pemplet yang berkaitan dengan PSS bagi tujuan mempromosikan PSS.

7)      Mengambil foto berkenaan penglibatan dan kejayaan murid dalam aktiviti ko-kurikulum sama ada peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.

8)      Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran.

 

 

Unit Teknologi Pendidikan.

 

1)      Menggalakan pembudyaan penggunaan media teknologi pendidikan terutamanya alat dan bahan tayangan, rakaman, serta nota-nota yang bersesuaian untuk digunakan.

2)      Membina koleksi video dan audio atau sumber teknologi untuk kegunaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

3)      Menyediakan jadual penggunaan, statistic atau mempamerkan bahan-bahan yang bersesuaian bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan yang disediakan.

4)      Menyediakan jadual penggunaan bilik tayangan secara sitematik.

5)      Menyediakan jadual siaran TV Pendidikan untuk guru-guru.

6)      Menjaga peralatan bilik tayangan seperti televisyen, radio, pemain DVD dll.

7)      Menyediakan rekod penggunaan bilik dan peralatan teknologi pendidikan.

8)      Menyediakan catatan dan rekod aktiviti dalam buku rekod bagi tujuan penyemakan oleh pihak pengurusan sekolah.

9)      Melaporkan sebarang kerosakan alat BBM kepada Penyelaras PSS supaya tindakan segera boleh dilakukan untuk penggantian atau pembaikian.

10)  Membantu dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan PSS seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran

 

RANKING PORTAL

PKG Petaling Toplist webPendidikan::::TopsitesFree Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals