Portal Web Rasmi SK Teluk Lipat

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Dasar 1 Murid 1 Sukan

E-mail Cetak PDF

Sumber : Laman Web KPM

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.

Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Muat Turun 1 :

  1. Buku Panduan Dasar Perlaksanaan 1 Murid 1 Sukan
  2. Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah :

Muat Turun 2 :

  1. e-Book Sukan dan Permainan :

 

 

LAST_UPDATED2  

Penafian / Disclaimer

Sebarang muaturun sama ada grafik , aplikasi ,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster SK Teluk Lipat tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

Hakcipta Terpelihara © 2008-2011, Unit Perpustakaan dan Media, SK Teluk Lipat



Paparan terbaik menggunakan
Mozilla Firefox 3 ke atas atau yang serasi dengannya
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis | Hak Cipta | Pasukan Web

RANKING PORTAL

PKG Petaling Toplist webFree Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals