Portal Web Rasmi SK Teluk Lipat

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

E-mail Cetak PDF

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

SAPS merupakan sistem baru yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis. Sekurang-kurangnya karenah meminta data berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimumkan. SAPS juga boleh dijadikan “Early Warning System” kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual Result) dan ETR (Expected Target Result).

Guru kelas boleh mengekses sistem ini untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas dibawah jagaannya. Guru kelas juga boleh memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan. Hasilnya guru kelas dapat mengeluarkan analisis setiap peperiksaan yang telah dijalankan.

SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti berikut: http://saps.moe.gov.my

Berikut dilampirkan manual pengguna Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) edisi Guru Mata Pelajaran, Guru Kelas dan SU Peperiksaan.

Manual Panduan SAPS untuk Guru Kelas 300x235 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Panduan SAPS untuk Guru Kelas

Manual Panduan SAPS untuk Guru Subjek 300x232 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Panduan SAPS untuk Guru Subjek

Manual Panduan SAPS untuk SU Peperiksaan 300x232 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Panduan SAPS untuk SU Peperiksaan

 

Penafian / Disclaimer

Sebarang muaturun sama ada grafik , aplikasi ,borang atau sebarang bahan adalah tanggungjawab sendiri. Pihak webmaster SK Teluk Lipat tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kecederaan yang berlaku ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Harap maklum

Hakcipta Terpelihara © 2008-2011, Unit Perpustakaan dan Media, SK Teluk Lipat



Paparan terbaik menggunakan
Mozilla Firefox 3 ke atas atau yang serasi dengannya
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Notis | Hak Cipta | Pasukan Web

RANKING PORTAL

PKG Petaling Toplist webFree Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals